Introduction
17/7/2022 8.12 p.m.
Harini hari ahad. Esok isnin sepatutnya kelas tapi cuti umum. Sekarang aku berada dalam tahun kedua pengajian di universiti. Minggu ni dan minggu depan dah start nak final exam untuk sem ni.
(Penat type capital letter so start from this part aku tukar)
kalau tanya aku mesti aku la aku cakap aku takut dan gementar. aku ni belajar pun main main je, buat kerja pu jarang jarang. time kelas online pun selalu tidur. haritu exam aku dapat 8/30. aku dh jawab past year questions tapi tu la takde rezeki, markah report pun selalu rendah je. aku tak yakin aku boleh graduate on time. jujur aku cakap, aku still lemah dalam belajar belajar ni, dan aku tak confident nak sembang dengan orang lain. sem lepas ada satu subjek aku fail. tapi takpe aku pujuk hati, sempat lagi nak repeat, ada masa lagi.
kadang kadang aku fikir, kalau aku fail, apa aku nak buat ek? kerja supermarket? buruh? delivery? aku penah dengar cerita pasal senior senior yg tak berjaya habiskan pengajian, yg buat keputusan untuk stop. ada juga yg fail subjek jadi terpaksa dilambatkan tempoh graduasi (tapi masih berjaya graduate alhamdulillah). ada juga kawan aku yg tak menyambung pengajian atas sebab sebab tertentu. kenapa aku rasa anxious? kenapa aku rasa takut dengan masa depan? sebab orang sekeliling aku berjaya? sebab aku takut dibandingkan dengan mereka? aku sendiri kurang pasti.
setiap kali keluar bersuka ria bersama rakan rakan, keluar makan dan borak bersama, aku rasa seronok. rasa gembira ketawa dengar lawak lawak bodoh mereka. tapi bila aku pulang semula ke bilik, aku akan mempersoalkan diri aku, layak ke aku pergi bermain main bersama mereka? do i deserve that? dengan exam dan pelajaran aku yg tak sehebat mana, am i supposed to do that? tapi itu hanyalah pemikiran yg membunuhku sedikit demi sedikit dari dalam. ia tidak mengubah cara hidup aku untuk jadi lebih rajin.
next week aku ada sederet 6 exam dalam dua hari, 3 exam dalam sehari. innalillah buat diriku. ada juga report yg perlu disiapkan. aku hanya mampu berserah. subjek yg aku rasa seperti sudah tidak boleh diselamatkan, aku cuba tapi aku redha je la. tak apa, kita punya masa. semuanya dengan izin tuhan.
Comments
Post a Comment